SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHEMBONG REMBAU, NEGERI SEMBILAN GURU CEMERLANG PELAJAR GEMILANG.

Sunday, June 28, 2015

PAMERAN DAN JUALAN sempena Karnival i-RIS

Sempena Karnival I-RIS ini Panitia Pendidikan Islam SK Chembong mengadakan Pameran dan Jualan yang diadakan bermula 1-3 Julai 2015. Karnival pameran dan jualan ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada yang berminat untuk memperkembangkan perniagaan mereka.Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan penyelaras iaitu Ustazah Salziah binti Marsidi di talian 017-6565826
 

 

Monday, June 22, 2015

PESANAN SANTAI i-RIS MENDAPAT SAMBUTAN

Hari ini Ramadan telah masuk hari yang ke 6. Pelbagai aktiviti sempena Karnival i-RIS telah berjalan dengan jayanya antaranya radio Islamik, Tadarus dan Literasi al-Quran, Solat Dhuha dan Hajat dan juga aktiviti Pesanan Santai.
Pada pengamatan lensa kami, aktiviti pesanan santai ini telah dijalankan oleh guru-guru SKC mengikut jadual dan tajuk yang disediakan. Komitmen daripada semua yang menjayakan aktiviti ini sangat menggalakkan. Semoga perkongsian ini akan memberi kebaikan kepada kita semua.







Sebahagian gambar yang menunjukkan aktiviti pesanan santai yang
dilaksanakan di dalam bilik guru
 
 

Sunday, June 21, 2015

Taklimat Sistem Instrumen Pemantauan Aset

                  Pada 17 Jun 2015 yang lalu seramai 4 orang guru telah menghadiri taklimat Sistem Instrumen Pentaksiran Aset yang dijalankan di Balai Semarak PPD Rembau. Guru yang terlibat ialah Pn Mazlyana,Pn Mardaweena, En Faisal dan En Syafie.

                 Taklimat ini lebih menjurus kepada tatacara penggunaan Sistem Pentaksiran Aset dan sedikit masa turut diperuntukkan untuk sesi soal jawab isu berkaitan aset.


En Faisal dan Pn Mardaweena sedang tekun mendengar taklimat ini.
Suasana sekitar Taklimat immpak.
Logo Instrumen Pemantauan Aset

Wednesday, June 17, 2015

RAMADAN TIBA DAN KARNIVAL i-RIS 2015

Ramadan telah tiba. Panitia Pendidikan Islam telah menyusun beberapa aktiviti di bawah program Karnival i-RIS ini...sila lihat banting yang telah disediakan
 
 
Bagi Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil arwah sila muat turun borang tahlil di bawah
 
 
Untuk Tazkirah Harian iaitu program 'Pesanan Santai' akan dikendalikan oleh guru-guru semasa waktu rehat tahap 1 dan tahap 2. Jadual boleh rujuk di sini. Bahan boleh diperolehi melalui us Maswati binti Sulaiman. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan..
 
i-RIS : Indahnya Ramadan Impian Solihin
RahmatMu dicari, KeampunanMu didamba
 
 
 

Tuesday, June 2, 2015

BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR


Hari ini merupakan hari ketiga murid-murid tahun enam mengikuti bengkel dan kelas tambahan UPSR. Kelas tambahan ini telah dikendalikan oleh semua panitia teras. Pada 3 Jun 2015 panitia Matematik telah menjalankan Bengkel Menjawab Soalan (BMS) Matematik yang telah dikendalikan oleh Encik San Kamaruzzaman bin Rahim. BMS ini telah dijalankan di Makmal Bestari SKC



 










Murid-murid memberikan tumpuan di dalam Makmal Bestari
 
 
 
 
 
En San Kamaruzzaman sedang menunjukkan kaedah dan juga cara menjawab kertas soalan Matematik sebagai panduan kepada calon-calon UPSR SK Chembong 2015 untuk menjawab soalan peperiksaan nanti