SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHEMBONG REMBAU, NEGERI SEMBILAN GURU CEMERLANG PELAJAR GEMILANG.

Saturday, September 27, 2014

VISI DAN MISI

VISI
SK CHEMBONG REMBAU N.SEMBILAN UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
 
MISI
SK CHEMBONG REMBAU , NEGERI SEMBILAN DENGAN PENUH KESEDARAN DAN ILTIZAM BERUSAHA MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
 
MATLAMAT
 
1. MEMPUNYAI BARISAN PEMIMPIN PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG BERINTEGRITI
2. MEMPUNYAI SUMBER MANUSIA YANG BERKUALITI DARI SEGI ILMU, KEMAHIRAN DAN SAHSIAH
 3. MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI YANG DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA
4. MENCAPAI PRESTASI CEMERLANG DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
 5. MEMPUNYAI KEMUDAHAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
6. MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN YANG CEKAP DAN BERKESAN

 

Sunday, September 7, 2014

LAGU SEKOLAH

ILMU BINA KEHIDUPAN
 
Seluruh Warga kerja SK Chembong
Di sini semua bermula
Didik anak bangsa
Guru, Murid serta ibu bapa
Bersama padu tenaga
Untuk capai cita
 
Wawasan Negara matlamat utama
Falsafah pendidikan teras tunjangnya
Jati diri, budaya dan agama
Jadikan landasan untuk Berjaya
 
Ilmu Bina Kehidupan (2x)
Ilmu Bina Kehidupan kita
 
Ilmu Bina Kehidupan (2x)
Ilmu Bina Kehidupan kita

Sunday, August 3, 2014

PENCAPAIAN



KEJAYAAN SKC DARI JANUARI – MEI 2015

KOKURIKULUM AKADEMIK

1.   MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTAQ) & FESTIVAL NASYID DAERAH REMBAU

 

A.   Bercerita SR (Perempuan) –  Nurul Nabihah binti Mohd Nizam - Ketiga

B.    Bercerita SR (Lelaki) -   Mohd Faris Danial Mazhanash – Kelima

C.   Tilawah SR (Perempuan ) – Siti Sufiah binti Zamri - Keempat  

D    Pasukan Kompang Selawat - Ketiga

 

2.   KARNIVAL BAHASA INGGERIS

A.    Public Speaking –  Nur Hazraini - Saguhati

B.     Spelling Discovery – Che Masyitah Khairiyah bt Che Zulkifli – Kedua mewakili Daerah Rembau di peringkat Negeri  

C.     Story Telling – Nurul Nabihah binti Mohd Nizam - Saguhati

 

3.   KARNIVAL BAHASA MELAYU -  

A.    Bahas Bahasa Melayu – Pertama

B.     Pidato – Che Masyitah Khairiyah binti Che Zulkifli – Pertama

C.     Mengarang Tahap 2 – Nur Hazraini – Kedua

D.    Mengarang Tahap 1 – Muhammad Adam bin Sharifuddin – Kedua

Acara A & B – mewakili Daerah Rembau ke Peringkat Negeri. Semoga Berjaya

4.   PESTA MUZIK – Belum dipertandingkan lagi

 

KOKURIKULUM SUKAN

1.   SEPAK TAKRAW MSSMDR      - Belum dipertandingkan Lagi

2.   PERTANDINGAN BOLA JARING Belum dipertandingkan Lagi.

3.   KEJOHANAN OLAHRAGA

MSSMDR

-       Pencapaian Tempat Kelima Keseluruhan (1 Emas, 6 Perak, 4 Gangsa)

MSSMNS

-       3 orang mewakili Daerah ke MSSMNS –

4.   PERTANDINGAN BOLA TAMPAR – Tidak Mengambil Bahagian

5.   PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSMDR – Dalam pertandingan 19 – 21 April 2011

6.   PERTANDINGAN BOLA BALING

MSSMDR

a.     Pasukan Lelaki (B12)                       - Johan

b.     Pasukan Perempuan (B12)  - Suku Akhir

 
7.   CATUR – Dalam pertandingan 19 April 2011

 
BADAN BERUNIFORM

a.     PENGAKAP KANAK-KANAK – 8 orang murid ke Kursus Ketua Sekawan PPM Daerah Rembau

b.     PANDU PUTERI TUNAS        - 3 orang menghadiri Kursus Ketua PEK

c.     TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH – seorang murid mewakili PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT NEGERI 2015

WARGA SKC MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA KERANA KEJAYAAN YANG MEMBERANGSANGKAN INI DAN MENGHARUMKAN NAMA BAIK SKC
 

Sunday, July 27, 2014

Bendera Sekolah

 
MERAH
           Ketinggian semangat dan kegigihan berjuang serta berani menghadapi cabaran hidup.
 
HITAM
Naungan Datok Luak Rembau
 
KUNING
Raja Berdaulat iaitu Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

 

SEJARAH BERMULANYA....


Sekolah Kebangsaan Chembong adalah di antara sekolah yang terawal telah dibuka di dalam daerah Rembau . Catatan rekod menunjukkan bahawa ia telah dibuka pada tahun 1903. Sekolah ini terletak bersebelahan Kampung Berkat dan beberapa kampung lain seperti Kampung Ampang Batu , Kampung Batu 17 dan Kampung Datuk Hijau. Kedudukannya kira-kira 1 kilometer dari jalan besar Seremban – Tampin dan kira-kira 25 kilometer dari bandar Seremban.
 
 Mengikut sejarah awal, sekolah ini terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris. Bangunan utama dua tingkat pada masa dahulu menempatkan murid Melayu dan aliran Inggeris. Namun selepas negara mencapai kemerdekaan, Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris telah disatukan menjadi Sekolah Kebangsaan. Sementara itu, bangunan utama iaitu bangunan lama yang dibuat daripada kayu masih wujud hingga sekarang. Walaubagaimana pun, bangunan ini telah mengalami proses pengubahsuaian.
 
Sekolah Kebangsaan Chembong terbahagi kepada dua blok utama yang terpisah disebabkan oleh tanah persendirian. Blok utama terdiri daripada pejabat, kantin, perpustakaan, makmal sains dan bilik darjah. Manakala blok kedua mengandungi bilik guru, tandas dan prasekolah. Luas keseluruhan sekolah ini ialah kira-kira 5.5 ekar. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, ia menghadapi masalah kekurangan murid. Ini mungkin kerana kedudukannya yang agak jauh dari jalan utama. Tambahan pula ia terpaksa bersaing dengan Sekolah Kebangsaan Undang Rembau yang lebih terkenal pada masa itu. Namun begitu , keadaan mula berubah sekitar tahun 1980an apabila pertambahan murid mula berlaku. Pada tahun 1990an, pertambahan murid meningkat secara ketara dan kini jumlah murid telah mencecah sehingga 496 orang. Sekolah ini mempunyai potensi yang besar untuk maju dalam bidang kurikulum dan kokurikulum kerana latar belakang yang kuat dan sumber yang berpotensi. Kini pihak sekolah telah mendapat dua blok bangunan baru tiga tingkat yang telah siap digunakan sepenuhnya mulai awal Januari 2003.

 

Sunday, April 6, 2014

Sunday, February 23, 2014

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan sila hubungi

ALAMAT

SEKOLAH KEBANGSAAN CHEMBONG
Batu 17, Jalan Seremban Tampin
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus

NO. TELEFON DAN FAKS

066857191

PETA LOKASI


sila klik pautan ini SKC



HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan sila hubungi

ALAMAT

SEKOLAH KEBANGSAAN CHEMBONG
Batu 17, Jalan Seremban Tampin
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus

NO. TELEFON DAN FAKS

066857191

PETA LOKASI


sila klik pautan ini SKC



HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan sila hubungi

ALAMAT

SEKOLAH KEBANGSAAN CHEMBONG
Batu 17, Jalan Seremban Tampin
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus

NO. TELEFON DAN FAKS

066857191

PETA LOKASI


sila klik pautan ini SKC



CARTA ORGANISASI

 

PENDIDIKAN KHAS

MASIH LAGI DI BAWAH PEMBINAAN