Sunday, June 14, 2015
Monday, June 8, 2015
Tuesday, June 2, 2015
BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR
Hari ini merupakan hari ketiga murid-murid tahun enam mengikuti bengkel dan kelas tambahan UPSR. Kelas tambahan ini telah dikendalikan oleh semua panitia teras. Pada 3 Jun 2015 panitia Matematik telah menjalankan Bengkel Menjawab Soalan (BMS) Matematik yang telah dikendalikan oleh Encik San Kamaruzzaman bin Rahim. BMS ini telah dijalankan di Makmal Bestari SKC


Murid-murid memberikan tumpuan di dalam Makmal Bestari
En San Kamaruzzaman sedang menunjukkan kaedah dan juga cara menjawab kertas soalan Matematik sebagai panduan kepada calon-calon UPSR SK Chembong 2015 untuk menjawab soalan peperiksaan nanti
Thursday, May 28, 2015
Perjumpaan 3 penjuru SK Chembong 2015
Program 3 penjuru ini telah diadakan pada 29 Mei 2015 bermula jam 9.30 pagi. Program ini dijalankan bagi pertemuan antara guru, ibu bapa dan murid mengenai prestasi pembelajaran mereka di sekolah. Kehadiran ibu bapa/penjaga pada hari ini cukup penting untuk mengenalpasti masalah dan perbincangan dari mata ke mata dan dari hati ke hati untuk pembelajaran anak mereka di sekolah. Alhamdulillah program ini berjalankan dengan lancar dan kehadiran ibu bapa / penjaga bagi semua kelas sangat memberangsangkan. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan ini menunjukkan mereka benar-benar prihatin dengan pembelajaran anak mereka dan selaras dengan SARANA PIBG yang selalu dicanangkan sebelum ini. Syabas, tahniah dan terima kasih.
Monday, May 25, 2015
KEM MOTIVASI UPSR 2015
PROGRAM: KEM MOTIVASI UPSR
5A BERMULA DARI SAYA
TARIKH : 22 - 23 MEI 2015
TEMPAT : KEM PLKN ULU PARI
PESERTA : 67 ORG MURID
cikgu afian
Monday, May 18, 2015
Sambutan Hari Guru 2015 SK Chembong.
Sambutan Hari Guru telah di adakan pada 18 Mei 2015 dengan tema GURU : Membina Ilmu Menyempurnakan akhlak. Aktiviti sambutan telah dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya acara di padang sekolah dengan pelbagai aktiviti yang telah dirangka dan disusun oleh Badan Kepimpinan sekolah.
SELAMAT HARI GURU buat semua warga Pendidik SK Chembong
Miss Ain walaupun kaki mengalami kecederaan tetapi tetap bersemangat
Gaya Sempoi seorang guru besar
Saturday, May 16, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)












