Thursday, August 4, 2016
Sunday, May 15, 2016
Tuesday, May 10, 2016
TAHNIAH DAN SYABAS
Tahniah Wan Muhd Musyrif bin Wan Zafri serta jurulatih Cgu Badariah dan Pen. Jurulatih Cgu Zaharahni merangkap KP BM di atas kejayaan mendapat tempat ke-4 pertandingan Sahibba peringkat N9, 2016.
"Pergi dgn harapan,pulang dgn kejayaan"
Syabas dan tahniah..
SKC TERUS GEMILANG DI PERSADA KEJAYAAN
BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)
Rokok Elektronik (Vape)
Definisi Rokok Elektronik dan Vape?
Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.
Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah
Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.
Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah
- Bateri
- Atomiser
- Katrij
- Nikotin
- Propylene Glycol
- Vegetable Glycerin
- Bahan Perisa dan pewarna
- Propylene Glycol
- Vegetable Glycerin
- Bahan Perisa dan pewarna
Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan
- Nikotin Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain daripada itu nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009). Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalam 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol 3 yang mengandungi 25ml cecair rokok elektronik akan mengandungi sehingga 100 mg nikotin. Nikotin serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40 mg boleh menyebabkan kematian
- Propylene Glycol Propilena glikol (PG) boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wieslander et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al 2010). Kajian ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG. (Jensen et al , 2015)
- Glycerin Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glycerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.
- Glycerin Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran. Kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. Kajian in-vitro 4 yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru , otak dan lapisan kulit. Kajian ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.
- Kehadiran Logam Berat Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser (W.E. Stephens, 2015).
- Partikel ultra halus Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional di mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20 – 300 nanometer (Otmar G et al, 2015). Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang et al, 2013).
- "Gate way" memulakan tabiat merokok Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape merupakan satu "Gateway" untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok.(Brian A et al 2015).
- Rokok elektronik sebagai pengganti rokok bertujuan berhenti merokok Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok (Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin (W.K. Delmy et al, 2015). Laporan oleh Public Health England (PHE) yang menyatakan rokok elektronik adalah 95% lebih selamat berbanding rokok tembakau telah dikritik hebat kerana ianya 5 berdasarkan beberapa kajian dan mempunyai pelbagai kelemahan serta penglibatan penajaan oleh syarikat tembakau (Mc Kee, 2015). Tambahan pula, majoriti pengguna rokok elektronik yang masih merokok (dual users) dikhuatiri tidak akan mengurangkan risiko kematian. Risiko jangka panjang rokok elektronik masih tidak diketahui dan langkah pengawalan serta pemantauan adalah perlu apabila ianya tidak diharamkan (banned).
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Kerja Kajian Saintifik WHO FCTC
Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC
Kementerian Kesihatan Malaysia
10 November 2015
Jawatankuasa Kerja Kajian Saintifik WHO FCTC
Unit Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC
Kementerian Kesihatan Malaysia
10 November 2015
Tuesday, April 19, 2016
INFO KESIHATAN SEMASA
Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
- Demam panas
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
- Mudah lebam
- Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
- Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
- Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
- Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
- Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
- Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
- Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
- Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
- Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Monday, April 18, 2016
Friday, April 15, 2016
WASPADA PADA CUACA PANAS SEKARANG...
Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
- Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
- Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
- Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
- Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
- Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
- Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Monday, March 28, 2016
BORANG PENGISIAN DATA UJIAN BULANAN 1 2016
Assalamua'laikum dan salam sehati sejiwa...
Borang Pengisian Data bagi Ujian Bulanan telah disediakan. Semua guru hanya perlu melengkapkan semua data yang diperlukan. Semua data ini akan dipaparkan semasa Mesyuarat Kurikulum pada 29 Mac 2016.
SILA KLIK DISINI
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
Borang Pengisian Data bagi Ujian Bulanan telah disediakan. Semua guru hanya perlu melengkapkan semua data yang diperlukan. Semua data ini akan dipaparkan semasa Mesyuarat Kurikulum pada 29 Mac 2016.
SILA KLIK DISINI
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
Wednesday, March 2, 2016
BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR
TAJUK:
BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR
TARIKH:
27 FEBRUARI 2016
TEMPAT:
DEWAN WARISAN
ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT DISIPLIN DAN BADAN PENGAWAS
PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENDAFTARAN PESERTA
ICE BREAKING
ICE BREAKING
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
TUAN GURU BESAR MEMBERI MANDAT DAN AMANAT
MASA MAKAN
KERJASAMA DALAM KUMPULAN
AKTIVITI LDK TALI DAN HARAPAN
PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN
OLEH:
CIKGU AFIAN
Tuesday, February 9, 2016
PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA PENJAGA MURID TAHUN 6 UPSR 2016 KALI PERTAMA
PROGRAM PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA PENJAGA
MURID TAHUN 6 UPSR 2016
KALI PERTAMA
TARIKH: 2 FEBRUARI 2016
TEMPAT: DEWAN WARISAN SKC
KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA
UCAPAN GURU BESAR
GURU-GURU TAHUN 6
PENDAFTARAN
PENGERUSI MAJLIS
YDP PIBG BERSAMA GURU BESAR
PEMBAYARAN DUIT TAHUN 6
Subscribe to:
Posts (Atom)