SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHEMBONG REMBAU, NEGERI SEMBILAN GURU CEMERLANG PELAJAR GEMILANG.

Wednesday, June 17, 2015

RAMADAN TIBA DAN KARNIVAL i-RIS 2015

Ramadan telah tiba. Panitia Pendidikan Islam telah menyusun beberapa aktiviti di bawah program Karnival i-RIS ini...sila lihat banting yang telah disediakan
 
 
Bagi Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil arwah sila muat turun borang tahlil di bawah
 
 
Untuk Tazkirah Harian iaitu program 'Pesanan Santai' akan dikendalikan oleh guru-guru semasa waktu rehat tahap 1 dan tahap 2. Jadual boleh rujuk di sini. Bahan boleh diperolehi melalui us Maswati binti Sulaiman. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan..
 
i-RIS : Indahnya Ramadan Impian Solihin
RahmatMu dicari, KeampunanMu didamba
 
 
 

Tuesday, June 2, 2015

BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR


Hari ini merupakan hari ketiga murid-murid tahun enam mengikuti bengkel dan kelas tambahan UPSR. Kelas tambahan ini telah dikendalikan oleh semua panitia teras. Pada 3 Jun 2015 panitia Matematik telah menjalankan Bengkel Menjawab Soalan (BMS) Matematik yang telah dikendalikan oleh Encik San Kamaruzzaman bin Rahim. BMS ini telah dijalankan di Makmal Bestari SKC



 










Murid-murid memberikan tumpuan di dalam Makmal Bestari
 
 
 
 
 
En San Kamaruzzaman sedang menunjukkan kaedah dan juga cara menjawab kertas soalan Matematik sebagai panduan kepada calon-calon UPSR SK Chembong 2015 untuk menjawab soalan peperiksaan nanti 



Thursday, May 28, 2015

Perjumpaan 3 penjuru SK Chembong 2015

Program 3 penjuru ini telah diadakan pada 29 Mei 2015 bermula jam 9.30 pagi. Program ini dijalankan bagi pertemuan antara guru, ibu bapa dan murid mengenai prestasi pembelajaran mereka di sekolah. Kehadiran ibu bapa/penjaga pada hari ini cukup penting untuk mengenalpasti masalah dan perbincangan dari mata ke mata dan dari hati ke hati untuk pembelajaran anak mereka di sekolah. Alhamdulillah program ini berjalankan dengan lancar dan kehadiran ibu bapa / penjaga bagi semua kelas sangat memberangsangkan. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan ini menunjukkan mereka benar-benar prihatin dengan pembelajaran anak mereka dan selaras dengan SARANA PIBG yang selalu dicanangkan sebelum ini. Syabas, tahniah dan terima kasih.
 
 

Monday, May 25, 2015

KEM MOTIVASI UPSR 2015

PROGRAM: KEM MOTIVASI UPSR
                      5A BERMULA DARI SAYA
TARIKH    : 22 - 23 MEI 2015
TEMPAT   : KEM PLKN ULU PARI
PESERTA  : 67 ORG MURID









cikgu afian